THE RANDOM
MEE SEGERA


Anis Akalili
Double Chin
@NAAkalili
Multifandom
Walk Alone

BLOGIES

KLIK KLIK



KLIK KLIK :)


THE MASTERMIND!

Basecode: NaYli
Edit by: Sofea
Others: ? ? ?


Ada penghuni lain ..?


Adik.. Adik aku takut nak masuk bilik aku sebab dia kata ada hantu momok..? (kes terpengaruh dengan cerita) Well yang tu aku pun tak tau.. Tapi kalau malam-malam tu bila tutup lampu mata macam nampak pelbagai jenis bayang sebab aku terbayang.. Aku rasa mata aku kot yang ada masalah.. Macam mana dapat tengok bayang dalam gelap..? Dalam bilik tu tak ada alah gelap sangat sebab lampu luar "menyumbang" cahaya XD

BTW, semalam dalam pukul 2 pagi, aku decide nak main lappy dalam bilik.. So aku masuk lah and masa aku duk main lappy tu, tetiba dengar macam ada orang ketuk dinding sebelah luar (dinding ruang tamu kat luar).. i was about speechless.. Sebab sejak februari lepas macam-macam bunyi dah yang aku dengar.. Bukan tak biasa dengar bunyi2 pelik.. aku dah pernah kena jugak masa mula-mula pindah kat rumah ni.. Tapi benda ni makin menjadi2.. mungkin sebab dah lama tak kena kot..?

Masa mula-mula pindah, aku terjaga dari tidur sebab bunyi ada orang tendang pintu bilik aku (memang jelas sangat). Disebabkan takut, aku sambung balik tidur, takut tu hanya Allah je yang tau (takot pencuri ke apeh ke..) then pagi tu aku bangun, aku bagitau umi, Umi cakap dia tak dengar apa2 pun.. #ggaebsong
 
Abah bagitau yang aku tak tutup pintu bilik and tak tutup lampu masa tidur sebab abah nak kejutkan nak g sekolah (dari tadika till form5 Abah yang kejutkan) XD. Aku pun macam "aikk??" Sebab, sepanjang hidup aku, aku memang tak terlepas pun tutup pintu and kunci pintu setiap kali nak tidur.. (untuk keselamatan diri sebab kawasan kampung aku ni ada banyak kes2 pecah masuk rumah..rumah jiran aku selalu kena.. tapi rumah aku  hampir diorang nak pecah masuk awal bulan January tapi tak dapat..)

Kalau aku duk dalam bilik, selalu dengar macam ada orang tengok tv kat luar.. (time ni abang and adik aku tak ada sebab sorang duk kolej, sorang duk asrama). Bila bukak pintu tengok, gelap jeh.. TT Dalam kol 2 lebih macam tu lah, aku selalu dengar  macam ada orang duk main benda bulat macam biji kacang hijau tuu dari siling..

Bunyi macam ada benda jatuh kat luar rumah.. Tapi buat bodoh je lah.. 

And malam Rabu hari tu, aku tak tau nak explain macam mana sebab aku dengar macam ada orang jatuhkan sesuatu.. (yang ni banyak kali dah aku dengar dalam pertengahan bulan feb sampai sekarang..) Aku tak tau nak explain sebab aku curious pasal bunyi tu.. bunyi tu dari dapur basah and aku duk depan tv..tv dekat je dengan dapur basah.. Aku yakin sangat2 yang bunyi tu datang dari situ.. At first aku ingat ada orang pecah masuk.. Tapi bila bukak lampu, nothing.. Tak ada benda pun yang jatuh..

Ni yang best..!! Masa tu Umi tengah masak kat dapur, then aku pun masuk la jugak kat dapur tengok apa yang boleh tengok XD.. Umi pun tetiba suruh senyap.. Terkejut weh.! Bunyi perempuan tengah nangis..! Aku pun panggil adik laki aku suruh dia dengar.. Then Umi pun bukak tingkap luas2 and bagi "warning" kat empunya suara suruh g "main" jauh-jauh.. (Umi buat-buat berani sebab aku dengan adik ada masa tu..) Gilah ah, keesokan hari tu, dah tak bunyi dah.. "dia" dah cabut lari..

Sebelum kejadian tu, ada pakcik2 tebang pokok kat belakang rumah aku.. Maybe tu "rumah" empunya suara kot..?

PAST | PRESENT